Thursday 22 December 2011

Shaklee Branches

Shaklee mempunyai beberapa cawangan seluruh Malaysia. Sekiranya anda berdekatan dengan salah satu cawangan Shaklee, dan ingin membeli sendiri produk dan menikmati potongan 15-30% (harga ahli Shaklee), anda boleh sms / telefon saya untuk mengetahui caranya.. serius,tak perlu pakai modal untuk dapatkan harga ahli.. istimewa hanya untuk anda, pelangan dan pengunjung MommyLiyana.com.

 Di bawah ni saya lampirkan cawangan-cawangan Shaklee seluruh Malaysia:
  • Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188
  • KL Branch : 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Penang Branch : A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch : 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch : 14 Jalan Molek 1/10 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • Kota Bharu Branch : 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Branch : Lot 7, Ground Floor Wisma Damai Jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-27208

Walaupun anda membeli sendiri, saya tetap akan berikan tips eksklusif dan cara pengambilan vitamin yang betul, serta konsultasi percuma yang berterusan (after sales service) dan anda akan diberi kebenaran untuk access ke group eksklusif tertutup kami di Fb.

Hanya sms saya sebelum anda walk-in ke branch berdekatan, dan saya akan beritahu caranya.. Hubungi 016-8977158 / mommyliyana@gmail.com

Thursday 15 December 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca mommyiskandar.com.. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..


 Apa itu Power Pumping?


Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu


Macam mana nak buat Power Pumping?


Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.


 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.


*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma mommyliyana@gmail.com / 016-8977158

Friday 2 December 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.
Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?