Monday 23 December 2013

Atasi tahap kemarahan Anda!

MENGAPA MARAH-MARAH NI…?




Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati. 

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan kekeluargaan lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati apabila kita menjadi seorang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Bertenang itu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan. 

Thursday 12 December 2013

ESP atasi Payudara Lembik dan Kendur!


Takutnyakan bila dah berusia payudara dah semakin lembik dan kendur! Oooo tidakkkkk...jom saya nak kongsi rahsia untuk atasi payudara lembik dan kendur ni.... 

Payudara merupakan aset penting seorang wanita. Saya percaya setiap wanita mahukan payudara yang cantik menawan dan setiap wanita juga berusaha untuk atasi payudara lembik dan kendur!. Namun, seiring peningkatan usia, payudara akan turut mengalami kesan penuaan, kekenduran dan kurang pejal, tidak seperti zaman anak dara dulu. Bagi ibu-ibu yang menyusu pula, kesan yang sama turut dirasai, malah adakalanya lebih ketara. Persoalannya, bagaimana nak maintain payudara kita agar sentiasa cantik dan menawan??

Monday 9 December 2013

Vitamin E & Alfalfa - Semarakkan Hubungan Cinta Anda! (18SX)

Salam semua...hari ini nak bercerita dalam kelambu sikit...untuk bacaan 18SX je ya...Rasanya ramai wanita yang mengalami masalah dingin seks. Walaupun bukan sepanjang masa, tapi ada 'angin' yang menyebabkan wanita kurang nak "BERCINTA".

Antara faktor yang menyebabkan wanita kurang berkeinginan ialah faktor perubahan hormon, kehamilan, lepas bersalin. Stress juga turut menyebabkan wanita kurang berkeinginan bila bersama. Oh ya...masalah keputihan melampau dan "kering ketika bersama" juga mampu mematikan mood isteri untuk bercinta. Justeru, jangan biarkan masalah ini menghantui kita, cepat-cepat ambik tindakkan ya!