Saturday 7 July 2012

Bebaskan Diri daripada DIABETES!

Berat badan anda menyusut tiba2? Kerap buang air kecil dan sering merasa kebas tangan dan kaki Jika anda menghadapi masalah ini, AWAS, anda mungkin berisiko mengalami penyakit diabetes! Jom kita lihat maklumat lanjut daripada Dr. Zulkarnain A. Hamidy, Consultant Physician dari Hospital SALAM.




Kencing manis atau Diabetes Mellitus boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Type 1 Diabetes Mellitus dan Type 2 Diabetes Mellitus, Diabetes Mellitus semasa penghamilan (Gestational diabetes) dan Diabetes Mellitus disebabkan oleh penyakit-penyakit yang spesifik seperti Cushing's syndrome, Acromegaly dan lain-lain.


Menurut Dr. Zulkarnain, Type 2 Diabetes Mellitus (dan juga gestational diabetes) mempunyai hubung kait dengan faktor keturunan di mana anak2 pesakit mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidapi kencing manis semasa dewasa. Lazimnya, Type 2 Diabetes Mellitus lebih kerap dihidapi oleh mereka yang berusia lebih 40 tahun. Sementara golongan remaja dan individu berusia 20-an terdedah dengan Type 1.


Manakala, bagi wanita hamil yang mengalami Gestational Diabetes Mellitus perlu mengawal paras gula dalam darah dan perlu sentiasa berada dalam pemantauan doktor pakar. Rawatan susulan mesti dibuat dengan doktor pakar. Kencing manis semasa penghamilan boleh menyebabkan kesan-kesan negatif kepada kandungan. Antaranya ialah :-

  • Kematian fetus (intra uterine death)
  • Bayi besar (macrsomia)
  • Air ketuban yang banyak (polyhydramnion)
  • Kelahiran pra matang &
  • Respiratory distress sindrom
Risiko untuk menghidap Gestational Diabetes berkemungkinan untuk mendapat kencing manis Type 2 lebih tinggi selepas bersalin. 

Pengambilan makanan mengikut diet yang betul sangat penting bagi mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda sudah mempunyai tanda-tanda diabetes, anda perlu mengawalnya agar tidak menjadi lebih kronik. Ambil langkah segera dengan dengan mengubah gaya hidup baru yang lebih sihat.

Selain daripada ubat-ubatan hospital, hanya pengawalan makanan dan senaman yang mampu untuk mengawal penyakit ini. Dari segi pemakanan pula, pesakit diabetes atau mereka yang berisiko mendapat penyakit ini perlu menghadkan pengambilan karbohidrat dan makanan yang diproses. 

Namun ini tidak bermakna mereka berhenti mengambilnya secara terus, sebaliknya lakukan secara berperingkat. Pengambilan makanan jenis lain seperti protein dan lemak dibolehkan seperti biasa tetapi dengan syarat hadkan unsur-unsur makanan yang mengandungi karbohidrat. 

Pastikan juga anda bersenam sekerap yang mungkin iaitu tiga hingga lima kali seminggu  dan sekurang-kurangnya senaman yang mengeluarkan peluh (secara aerobik) selama setengah jam setiap kali.  Credit Pa&Ma Julai 2012.

No comments:

Post a Comment