Wednesday 18 September 2013

Ovarian Cysts dan Ketidaksuburan?


Ovarian Cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakkan mereka pula didiagnosa mengalami Ovarian Cysts apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.


Justeru, terlintas diminda wanita-wanita ini ialah "adakah Ovarian Cysts mengganggu kesuburan mereka"?? Tanpa penerangan yang jelas dari doktor yang memeriksa, mereka menjadi lebih keliru dan risau tentang masalah yang dihadapi.





Ovarian Cysts sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.


Ovarian Cysts yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cysts yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cysts ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cysts. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.




Terdapat beberapa jenis Ovarian Cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:-

  1. Endometriomas - Cysts yang disebabkan oleh endometriosis.
  2. Polycystic Ovarian Cysts - terdapat beberapa cysts yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Manakala, terdapat juga beberapa jenis ovarian cysts yang tidak menggangu kesuburan. Antaranya ialah:-
  1. Functional Cysts - iaitu cysts yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cysts lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  2. Cystadenamos - cysts ini bukanlah cysts yang berlaku dalam kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  3. Dermoid cysts - cysts ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak menggangu kesuburan.
Jadi, kepada wanita yang mengalami cysts, eloklah bertanyakan jenis dan saiz cysts yang dialami. Minta nasihat dari doktor pakar dan semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. Kepada yang ingin mencuba rawatan alternatif dengan mengambil supplement, klik di SINI.


Artikel asal dipetik dan diedit dari SINI. Credit kepada Dr. Zubaidi.

No comments:

Post a Comment