Tuesday 4 June 2013

Tip Penyusuan Susu Bayi Baru Lahir / Normal / Bayi Pra Matang


Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran anak-anak. Ketahuilah susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan terutama bagi bayi yang baru lahir.

Ikuti panduan ini supaya anda dapat memberi penyusuan susu ibu dengan lebih baik.

  1. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.
  2. Bagi bayi yang dilahirkan normal, teruskan memberikan susu ibu kepadanya. Kolostrum yang berwarna kuning kaya dengan antibodi yang amat diperlukan oleh bayi anda.
  3. Bagaimanapun, bagi bayi pra-matang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pra-matang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.
  4. Hantarlah susu perahan dan lawatlah setiap hari bayi anda kerana selain susu bayi pra-matang memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.
  5. Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pra-matang.
  6. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu (biasanya perahan susu ibu selepas 10 minit pertama) untuk bayi anda.
  7. Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpan 10ml.
  8. Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru setiap kali anda melawat bayi menghantar susu. Bayi pra-matang memerlukan susu segar untuk membina sistem imun dalam badannya.
  9. Selain memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan dan belaian mesra yang akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada dalam inkubator.
Semoga tip yang diberikan ini membantu ibu-ibu baru menambah pengetahuan  dan yang ingin berjaya dalam penyusuan bayi.

Wassalam,

MommyLiyana

No comments:

Post a Comment