Thursday 20 June 2013

Kepentingan Asid Folik

Kepentingan Asid Folik

Ramai tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil. Sedangkan ia sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandungi. Kebanyakkannya hanya mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folik hanya setelah disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara tiga hingga enam bulan sebelum hamil.

Asid folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupun vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukkan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel.


Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandungi akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukkan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephalyl encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukkan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain itu, ia turut mendatangkan kebaikkan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang serta kekurangan darah (anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukkan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. Untuk makluman anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itulah, suplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Kami di Shaklee menyediakan Vitamin B-complex yang kaya dengan asid folik untuk keperluan wanita hamil, wanita yang merancang untuk hamil, dan untuk wanita mendapatkan keperluan Vitamin B yang mencukupi.




  • Vitamin B-complex Shaklee merupakan Vit B yang lengkap dan seimbang.
  • B complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

Jadi, ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil sangat penting!

Oleh yang demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu) pengambilan folik asid boleh dihentikan. Walau bagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk mengambil suplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

Untuk mendapatkan Vit B-comp Shaklee boleh hubungi saya di :-

Call/Whatsapp : 016-8977158 | Wima
Email: mommyliyana@gmail.com



P/s: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.










No comments:

Post a Comment