Wednesday 17 April 2013

5 Tips Susu Melimpah Ruah Semasa Pantang

Alhamdulillah bayi saya kini dah masuk 9 bulan. Dan dengan rasa bangganya ingin berkongsi kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu, selama 9 bulan inilah bayi saya masih menyusu badan secara konsisten. Di sini saya kongsikan tips susu melimpah ruah semasa berpantang lagi.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu dan memberi semangat kepada ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed bayi anda :)

1. Susukan anak direct feeding walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup.
Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

Tips kekal positif: Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda


Pengalaman saya, 3 hari anak mengamuk sebab tak puas hisap di kedua belah payudara. Tapi relax, tenangkan hati. Ingat, perut anak hanya sebesar guli. Cuba tukarkan posisi menyusu- mungkin anak tak suka posisi tersebut, cuba cek mungkin anda salah makan- anak menangis bukan sebab lapar je, kadang sebab angin, sakit perut sebab makanan yang kita makan, etc

2. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.

* Jika ada anak yang berumur 1 tahun atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu

* Jika tidak, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi. 

* Minimum perah 20minit untuk setiap payudara

* Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.

3. Minum air sekurangnya 3 liter sehari, sebab salah satu komponen utama susu ibu adalah air

4. Pastikan anda tidak skip meal. Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang.

5. Amalkan makanan tambahan.

Saya mengamalkan supplement Shaklee. Alhamdulillah hari ke-4 pantang dah mula bengkak susu. Sekali perah untuk sebelah payudara, dapat lebih kurang 5 oz. Alhamdulillah :)





Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Happy Breastfeeding! ♥




Wassalam, 

Mommy Liyana

No comments:

Post a Comment