Wednesday 19 December 2012

Mulakan Tahun Baru dari Nutrisi yang Betul!

Tahun baru muncul lagi dan inilah masa terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat. Sudah tentu untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih daripada hanya melalui pemakanan yang sihat tetapi lebih fokus dalam mendapatkan nutrien yang betul dan mengubah gaya hidup kurang sihat anda. Ini merupakan kunci dalam mencapai keazaman. Di sini terdapat beberapa tip untuk membantu anda mencapai azam dan mengekalkan kesegaran!


1. Menggabungkan Sumber Protein Sihat dalam Diet anda!
Protein penting dalam diet yang sihat, tetapi protein yang berasal daripada haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein bukan dari daging seperti soya merupakan protein yang terbaik. Protein soya sama dengan protein daripada daging, ayam, ikan, dan pelbagai jenis telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang dan kuku. Beberapa kajian juga membuktikan yang protein soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol LDL.

2. Pemakanan Lengkap
Makan pelbagai jenis makanan membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tapi ianya bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

3. Vitamin B dan C
Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (Vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutamanya bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan. Vitamin C pula penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan. 

4. Tambahkan Resveratrol dan Polyphenois
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenois ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakkan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5. Aktifkan Diri
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kadar kolestrol yang tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar mengurus tekanan dalam hidup anda.
Pengurusan tekanan penting dalam memlihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan. 

7. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang masa terbaik untuk meninggalkannya! Biar di tahun baru, dengan azam baru, sihat bersama Shaklee!



Kepada anda yang berminat dengan sebarang produk Shaklee, bolehlah hubungi saya di:-

Call/sms : 0168977158| 011-1587 1218                                          
Add Fb: WieymaFarisHamizan                                                       
Like page: MommyLiyanaShoppe                                                   
E-mail: mommyliyana@gmail.com                                                     

Sumber dari: Majalah I-Sihat Disember 2012












No comments:

Post a Comment