Monday 22 October 2012

Info Ibu Hamil: Pemeriksaan Antenatal


Proses kehamilan merupakan satu tempoh yang sangat istimewa. Sepanjang 40 minggu itu, pemeriksaan berkala sangat penting untuk meramal, mencegah dan mengesan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi pada ibu dan bayi dalam kandungan. Biasanya, ibu hamil akan mula berjumpa doktor untuk pemeriksaan kehamilan selepas lewat datang haid.

Pemeriksaan antenatal pertama penting untuk mengesahkan kehamilan kerana bukan semua kes tidak datang haid disebabkan oleh mengandung. Pemeriksaan tersebut juga untuk menentukan usia kehamilan dan memberi anggaran tarikh bersalin. Semasa pemeriksaan antenatal, beberapa masalah awal kehamilan seperti kehamilan ektopik dan kehamilan anggur akan dapat dikesan dengan segera.
Rutin pemeriksaan berkala perlu bagi memastikan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sekiranya berlaku sebarang masalah, dapatlah diatasi segera. Pemeriksaan antenatal juga memberi peluang untuk bertanyakan tentang apa sahaja hal berkaitan kehamilan agar anda lebih faham.
Ketika kandungan berusia sekitar 20 minggu, biasanya imbasan ultrabunyi akan dilakukan. Imbasan ini bertujuan untuk memeriksa sama ada bayi anda sihat atau sebaliknya. Inilah masanya anda dapat mengetahui adakah bayi anda terbentuk dengan sempurna ataupun ada kecacatan.
Tip : Pastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah.  Sebenarnya, sukar untuk anda mendapatkan jumlah zat yang banyak daripada makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi.
Setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan, perkembangan bayi akan dipantau bagi memastikan tidak ada sebarang masalah pada bayi. Semasa berusia 25 minggu di dalam kandungan, sel-sel otak bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang ada di sekitar mereka.
Tip : Ketahuilah bahawa wanita hamil perlu mengelak daripada makan ikan yu dan ikan todak kerana mengandungi kuantiti merkuri yang tinggi. Merkuri yang terdapat dalam ikan-ikan ini yang boleh membahayakan pembentukan sistem saraf bayi anda. Anda juga perlu menghadkan jumlah tuna yang dimakan kerana ikan ini juga mengandungi kandungan merkuri yang tinggi secara relatifnya.
Pemeriksaan antenatal ketika kandungan berusia 32 minggu boleh mengesan pergerakan bayi yang semakin aktif. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk membolehkannya keluar bila sampai masanya.
Tip : Pakar menyarankan agar wanita hamil mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan bayi dalam kandungan yang sedang membesar.
Apabila kandungan berusia 36 minggu, kontraksi awal boleh bermula sebagai tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Pada hujung minggu kehamilan, iaitu pada minggu ke-40, tumbesaran anak akan lebih cepat. Pun begitu, pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan.
Tip : Ketika trimester ketiga ini, anda memerlukan lebih tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori. Snek yang sesuai untuk anda ialah sekeping roti bakar, bijirin penuh dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan diikuti dengan buah oren mandarin.
Untuk memenuhi segala keperluan ibu-ibu hamil ini, Shaklee ada jawapannya. Klik di sini untuk maklumat lanjut supplement penting yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil ini demi menjaga kandungan sebaiknya sepanjang 40 minggu kehamilan.
Lumrah bagi ibu-ibu hamil rasa cemas dan gelisah apabila saat melahirkan semakin hampir. Namun, semua rasa itu tidak akan mengganggu sekiranya anda telah membuat persediaan yang sewajarnya dan telah menjaga kandungan sebaiknya sepanjang 40 minggu kehamilan. Pada masa yang sama, yakinilah kemampuan pakar O&G menjalankan tugasnya menyambut kelahiran bayi anda. Percayalah, tiada perasaan yang lebih istimewa dalam dunia ini apabila anda mendengar tangisan pertama bayi anda.
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan supplement untuk Set Ibu Hamil di:-
Call/Whatsapp: 016-8977158|011-15871218
Add Fb: WieymaFarisHamizan untuk chat secara langsung
Like Page: MommyLiyanaShoppe untuk mengikuti perkembangan promosi terbaru kami
E-mail: mommyliyana@gmail.com

Salam sayang, 




No comments:

Post a Comment