Thursday 25 October 2012

Tips Penyusuan: Susu Kembali Meriah dengan Supplement Shaklee

Salam semua, hari ni saya nak berkongsi bagaimana supplement Shaklee boleh membantu susu ibu kembali meriah. Rata-rata ibu memang tahu tapi hanya segelintir yang amalkan konsep asas penyusuan iaitu Demand & Supply. Ibu harus tahu pengambilan supplement bantu badan ibu mempercepat dan memperbanyakkan penghasilan susu ibu TETAPI dengan syarat ibu juga harus pump dengan kerap dan konsisten. Supplement bantu percepatkan proses tetapi ibu wajib amalkan Demand & Supply. Ibu juga kena tahu teknik untuk banyakkan semula susu ibu.


Teknik untuk Banyakkan Semula Susu Ibu

1. Cari Punca Susu Merudum dan atasi Punca itu


Ibu kena renung balik apa punca susu tiba-tiba merudum. Jadual pump macam mana? Konsisten tak ikut jadual pump? Badan stress dan penat ke? Makan ikut sempat dan tak seimbang? Minum air manis tapi air kosong segelas je ke? Bila tahu punca senanglah nak betulkan bakil. Kebiasaannya ibu kurang pump menyebabkan susu merudum.


2Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping

Power Pumping ni teknik pump paling bagus untuk banyakkan susu sebabnya teknik ni paling serupa dengan baby 'direct feed'. Caranya 10 minit pump, 10 minit rehat dan ulangi sampai 1 jam. Lakukan setiap hari selama 1 -2 minggu. Ini akan hantar signal ke otak bahawa baby perlu lagi banyak susu. Hasilnya, otak akan suruh badan tingkatkan penghasilan susu.

Ayat biasa yang saya dengar macam mana nak pump kalau pump angin je? Ya, memang betul awal-awal kita pump angin je atau susu keluar sikit je. Tapi teruskan juga sebab dari angin akan keluar titik dan kemudian menderu keluar susu tu. InsyaAllah kalau konsisten ibu akan nampak hasilnya.

Ibu juga boleh cuba kaedah Tandem Pumping. Sambil anak 'direct feed' sebelah lagi tu pump. Memang berkesan sebab anak akan rangsang lagi sebelah untuk hasilkan susu.

3. Sentiasa Positif dan Yakin

Bila susu banyak ibu akan berasa gembira. Bila susu sikit kena fikir positif dan bersyukur ada juga rezeki untuk anak. Kena yakin yang kita mampu beri anak susu badan sepenuhnya. Bagi yang pump di ofis tu, jangan bandingkan hasil perahan dengan orang lain. Sebab, demand setiap anak tak sama. 
Apa yang perlu ibu buat?
  • Pump dalam suasana tenang
  • Sebelum dan sambil pump lihat gambar anak, kalau ada video tengok dan dengar suara anak, InsyaAllah lebih banyak dirembes.
  • Jangan lihat hasil perahan sampai habis sesi pump.
  • Jangan fikir berapa stok hari ini. Sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah.
  • Mulakan sesi pump dengan doa, iringi sesi pump dengan zikir dan akhiri sesi pump dengan Alhamdulillah.
4. Pastikan Pengambilan Air Kosong cukup minimum 3Liter sehari dan pastikan nutrisi harian lengkap.


Bagi ibu yang sukar untuk pastikan diet harian seimbang, pengambilan supplement alternative terbaik. Pengambila supplement biasanya akan bantu badan ibu hasilkan susu yang lebih pekat dan lengkap khasiatnya. Susu juga biasanya akan bertambah tetapi anda tidak boleh harapkan pertambahan yang mendadak jika anda malas untuk pump. Jadi, syarat pengambilan supplement untuk penyusuan adalah:-

  • Ambil supplement dengan konsisten, ikut jadual makan yang betul (makan suka hati kesan minimum atau tiada kesan langsung)
  • Minum air kosong cukup, minimum 3 liter sehari (penting untuk penyerapan supplement dan penghasilan susu ibu)
  • Kerapkan sesi pumping dan pump ikut jadual (ingat konsep Demand & Supply)
  • Fikiran yang positif, yakin susu banyak, disiplin pumping, doa dan zikir berterusan kepada Allah.
Apa beza antara penyusuan dengan supplement dan tanpa supplement? Paling ketara bila ada supplement badan lebih cepat hasilkan susu dan susu jadi lebih banyak. Malah susu biasanya lebih pekat dan baby cepat kenyang berbanding tanpa supplement. Bonus kepada ibu, ibu akan terasa pelbagai perubahan lain dari sudut kesihatan dan kecantikkan dalaman serta luaran.

Bila supplement bantu badan ibu hasilkan susu dengan lagi cepat dan banyak, barulah ibu boleh kumpul stok EBM dengan mudah. Senang kata ibu boleh kumpul stok tanpa makan supplement tapi ia jadi lagi cepat bila ibu ambil supplement. Hasil 2x pumping mungkin bersamaan dengan 1x pumping dengan supplement.

Tidak percaya? Di sini saya sertakan sekali apa kata ibu menyusu yang amalkan supplement.

Testimoni 1:- Puan Shima Samat amalkan Set 3M Shaklee, pumping yang berterusan dan doa dimurahkan rezeki.







Testimoni 2:- Puan Batrisyia Akma amalkan Set menyusu Shaklee semestinya Set 3M.




Testimoni 3:- Puan Jaja~hasil amalkan Set 3M

Testimoni 4:- Puan Siti, dengan Set 3M, perahan kali kedua dah dapat 7oz dan hasil perahan setiap hari boleh mencapai 28 oz dengan mudah.







 Ibu-ibu di atas mengamalkan Set 3M yang merupakan Set Penyusuan PALING LENGKAP kami. Alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan dengan syarat makan ikut panduan yang betul, rajin pump dan minum air kosong cukup. Lagi-lagi Set 3M ni ada Tips Eksklusif untuk bantu badan ibu hasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Mesti bestkan bila ibu dapat kumpul stok yang banyak untuk baby.


Berminat untuk cuba Set 3M ni, anda perlu hubungi saya sahaja. Lagipun sepanjang Oktober ini Set 3M ada Special Offer. Masih belum terlambat untuk anda dapatkannya. Jika dalam baget, beritahu saya dan saya pasti boleh bantu anda. Tapi seperti yang saya beritahu, hasilnya akan lumayan bila anda rajin pump. Buat ibu-ibu yang tidak perlukan supplement, anda harus bersyukur. Tapi, jika anda perlu untuk ambil supplement usah rasa rendah diri. Saya juga amalkan supplement malah ramai lagi bf mom yang amalkan supplement. Jika ia boleh bantu kita beri yang terbaik untuk anak, apa salahnyakan? Tepuk dada tanya selera.


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya 016-8977158 untuk mendapatkan info lanjut atau add Fb saya WieymaFarisHamizan. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. Konsultasi PERCUMA selepas pembelian hanya untuk customer MommyLiyanaShoppe.


Salam sayang,







Penafian: Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk di laman ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnose, dan menyembuh sebarang jenis penyakit.







No comments:

Post a Comment