Thursday 25 October 2012

Tips Kesihatan : Sarapan Pagi Jangan Diremehkan

Selamat malam semua dan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha untuk esok hari. Malam ni suka saya untuk berkongsi betapa pentingnya kita untuk mengambil sarapan pagi yang merupakan satu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang remeh. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.

Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.

Apabila kita bangun tidur, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas. Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cergas, cerdas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang itu akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih, malas dan tidak berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan jayanya.

Oleh itu, di Shaklee, kami ada produk untuk  sarapan pagi yang penuh berkhasiat, tinggi nutrien untuk keperluan badan dan juga senang untuk dihidangkan. 

1. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), di mana ia dsahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

2. Meal Shakes
  • Merupakan multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk yang mengandungi protein dan serat.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc, selenium sebagai anti oksidan.
  • Mengandungi lengkap Vitamin B-complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
  • Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.
  • Minuman perisa multivitamin perasa Vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.
  • Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
Jika dilihat pada hari ini, ramai seolah-olah menjadikan budaya bersarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ia mungkin tidak mendatangkan masalah jika diambil sekali sekala sebagai pengubah selera, tetapi perlu dielakkan jika ia dijadikan satu hidangan wajip pada setiap hari. Ini kerana bersarapan hanya untuk mencetuskan tenaga dan cukup sekadar dengan hidangan ringkas yang pelbagai pada setiap hari. Bersarapan dengan Meal Shakes dan ESP amat senang untuk disediakan tetapi ia cukup mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa. Lagipun sepanjang Oktober ini, ESP ada Special Offer. Belum terlambat untuk anda dapatkannya. 

Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya 016-8977158 untuk info lanjut atau add Fb WieymaFarisHamizan. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. Konsultasi percuma selepas pembelian hanya untuk customer MommyLiyanaShoppe.


Salam sayang






Penafian: Segala penulisan berkaitan produk dilaman ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh dan mengubati sebarang jenis penyakit. 




No comments:

Post a Comment