Thursday 21 June 2012

Ibu Menyusu: Tips Kekalkan Pengeluaran Semasa Berpuasa

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.


Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?


Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?

Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu

************************************

Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.


p/s : Nantikan next entry, Amalkan supplement yang perlu sahaja ketika berpuasa.



Saya adalah pengedar sah Shaklee. Telah menjadi ahli sejak Mei  2012.
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo: wnz_fatnin@yahoo.com
Gmail : mommyliyana@gmail.com
Call/Whatsapp : 016-8977158

No comments:

Post a Comment