Saturday 16 June 2012

Tips Selepas Bersalin

Assalammualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi tips selepas melahirkan anak..hasil dari bacaan saya & juga untuk persediaan diri saya yg x lama lagi nak melahirkan bb yang ke-3..semoga segala apa dikongsi disini, dapat diaplikasikan bersama..semoga ada perubahan berbanding melahirkan bb yang pertama dan ke-2..

Antaranya PETUA SELEPAS BERSALIN ini ialah :-
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum bersama air kisaran kunyit & 1 cawan lagi digunakan untuk membasuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. {Tapi, buat masa ni saya gunakan Minyak Kelapa Dara yang terdapat dalam Set Bersalin TANAMERA dengan menyapu sekali sehari pada perineum apabila kandungan masuk 30 minggu. Apabila masuk minggu ke-36, saya gandakan sapuan kepada dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur, di samping minum minyak ini setiap hari lima minggu sebelum cukup bulan. Ini persediaan saya untuk melahirkan bb yg ke-3. Semoga tiada luka dan jahitan untuk melahirkan bb yg ke-3 ni.}
  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sirih bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring. 
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging, sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis, timun dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Ketika dalam pantang, anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan sakit di bahagian peranakan.
  • Selain itu, dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk Shaklee yang terdiri daripada Vitamin E, Zinc, Vitamin C, Vitamin B-Complex, Multivitamin, Energising Soy Protein dan Alfalfa yang baik untuk penyembuhan dalaman dan membina sel baru.


Inilah produk Shaklee yang saya perlukan untuk persediaan melalui tempoh berpantang nanti.
  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi, bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya bayi masih terkena jaundice, cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30 am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor. 
  • Kalau anda boleh bertahan berpantang sampai 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang tersenarai di atas, InsyaAllah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Bersabar dalam tempoh berpantang, akan membuahkan hasil yang baik untuk diri sendiri..kesannya juga terhadap suami...anda pasti tahu apa yang maksudkan.



*Credit to Nani Rostam & Genki Momma


Ahhhhaa...jangan x tahu, Vitamin Shaklee amat membantu dalam proses berpantang. Jomm amalkan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!!!!!!!!! Kalau saya percaya dan yakin dengan keberkesanannya, kenapa anda tidak?? Untuk kebaikkan sendiri seumur hidup tidak rugi untuk melabur sekarang.

Berminat..??? Hubungi saya di 016-8977158/Add Fb Wieyma Faris Hamizan untuk KONSULTASI PERCUMA bagi SET BERPANTANG SHAKLEE..& HARGA yang BERPATUTAN hanya pembelian dari Mommy Liyana.

Salam sayang, 

Mommy Liyana

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment