Saturday 17 November 2012

Power Pumping Tingkatkan Susu Ibu

Bagi mana-mana ibu menyusukan yang mengalami masalah susu merundum, usah khuatir kerana masih ada cara untuk anda meningkatkan semula penghasilan susu ibu. Salah satu di antaranya ialah melakukan teknik 'power pumping'. Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.


Teknik Power Pumping.

1. Pam Tunggal


Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara kiri pula untuk tempoh 10 minit juga. Tukar semula ke payudara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukan secara berterusan selama sejam.

2.  Pam Berganda

Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit lagi. Setelah itu, rehat 10 minit dan pam lagi selama 10 minit sehingga cukup tempoh satu jam.

Golongan yang turut memerlukan power pumping
~ Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat.
~ Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah beberapa ketika berhenti menyusukan (relaktasi)
~ Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon ataupun kesan daripada kurang mengepam.

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah di tengah malam. Hal ini kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu sebegini. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang ataupun malam. Apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan selesa dan tenang.

Namun demikian, Set Penyusuan kami juga turut membantu menghasilkan pengeluaran susu ibu. Entri yang lepas saya turut menulis tentang Teknik Elakkan Susu Kering, di sini juga anda boleh dapatkan tips untuk menghasilkan susu ibu. Klik di sini untuk melihat apa kata pelanggan kami yang sudah mencuba Set Penyusuan. Semoga membantu anda untuk mengatasi masalah kekurangan susu.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba sebarang produk Shaklee,pastikan anda hubungi saya, atau pengedar sah Shaklee untuk mendapatkan Konsultasi berkaitan produk.

Contact for November special price:
* PM sy di www.facebook.com/messages/WieymaFarisHamizan
* Call/Whatsapp : 016-8977158 / 011-15871218

Copyright http://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe<-- Sila klik utk tips2 berkenaan kecantikan, kesihatan, kehamilan, berpantang dan menyusu (Jangan lupa LIKE pagehttp://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe ya!)



Salam sayang, 










Penafian: Segala penulisan/testimoni berkaitan produk bukanlah bertujuan untuk mengubat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk merujuk kepada pakar.




No comments:

Post a Comment