KEISTIMEWAAN SHAKLEE
****************************
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di
Shaklee ialah memberikan kehidupan yang
lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara
mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi
sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang
kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa
kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda
memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin
Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya,
semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium
lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau
propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna,
tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami
adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid
phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa
Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin
Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
- TIDAK
Mengandungi Paraben
- TIDAK
Mengandungi Triklosan
- TIDAK
Mengandungi Phthalates
- TIDAK
Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- TIDAK
Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
- TIDAK
Mengandungi 1,4 Dioksana
- TIDAK
Mengandungi Glikol
- TIDAK
Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
- TIDAK
Mengandungi Asid Hidroklorik
- TIDAK
Mengandungi Ammonia
- TIDAK
Mengandungi Sodium Hidroksida
- TIDAK
Mengandungi Butyl Cellosolve
- TIDAK
Mengandungi Formaldehyde
- TIDAK
Mengandungi Bisfenol-A
- TIDAK
Mengandungi Petroleum Distillates
- TIDAK
Mengandungi Toulene
- TIDAK
Mengandungi Peluntur Warna
- TIDAK
Mengandungi Bahan Perisa
- TIDAK
Mengandungi Pewarna
- TIDAK
Mengandungi Lemak Trans
- TIDAK
Mengandungi Pemanis Tiruan
- TIDAK
Mengandungi Dakwat Toksin
- TIDAK
Mengandungi Bahan-bahan terlarang
SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap
Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat
mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti.
Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah
diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi
produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan
dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh
temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama
penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan
mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap
kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin
yang lain.
Dan kami
membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding
dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar
menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai
kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif
disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda,
kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami
katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap
Keberkesanan Yang Hebat
- $300 juta USD telah
dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
- Terdapat lebih daripada 100
bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi
rujukan pihak ketiga
- 7 daripada 25 Pengembara
Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
- Produk Shaklee telah
memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa - 54 pingat emas Olimpik
dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
- Shaklee juga memperkasa
atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi
Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest
Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®.
Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami
masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat
pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah
meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat
Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya.
Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam
tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol
konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke
hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari
Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang
Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan
bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu
perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000
paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan
menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana
kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang
berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi
Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
- Kami merupakan syarikat
pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami
telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
- Shaklee telah menanam hampir
800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan
kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004
dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
- Pada tahun lepas sahaja,
Shaklee telah berjaya:
- Mengitar semula lebih
1,000,000 pauns kertas kadbod
- Menghapuskan 10,200,000
pauns sampah pembungkusan
- Menghapuskan 23,000,000
pauns gas rumah hijau
- Shaklee merupakan penerima
anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
- 2008: Anugerah Stevie bagi
Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
- 2007: Anugerah Rekabentuk
Organisasi Hijau Global Amerika
- 2003: Anugerah
Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar
Professional Kebangsaan
- 2002: Anugerah Agensi
Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
- 2001: Anugerah Kepimpinan
Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
No comments:
Post a Comment