Lebatnya hujan kat luar *_^...sejuk pulak rasanya....tp mommy gagahi juga untuk membaca & terus membaca bagi menambah pengetahuan & untuk dikongsi bersama..:)
Berminat dengan satu entri berkaitan dengan kandungan suplemen>>>"Apa pula makanan tambahan yang harus saya ambil..dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut?"
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda~tidak memihak kepada mana-mana brand~ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr. Bruce Millers.
Panduan MEMILIH :-
- PROTIN
~ Membina & memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon & enzim.
~ Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti.
~ Rambut, kuku & kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
~ Sumber protin biasa kita seperti daging, susu & keju mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
~ Ia merupakan kunci bagi respons imun yang betul untuk menentang kejangkitan.
~ Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang 1 gram dalam campuran adalah dianggap baik.
~ Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
~ Kesemua asid amino juga harus hadir yakni kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 [menunjukkan kualiti].
~ Ia tidak mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.