Salam Jumaat semua, di sini saya ingin berkongsi kepada semua 10 surah yang baik diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.
10 surah yang baik diamalkan dalam kehidupan seharian | Surah - suratun merupakan perkataan arab bagi "bab dalam Al-Quran". Surah-surah tersebut telah diturunkan sepanjang 23 tahun dan mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri. Jumlah surah yang terdapat dalam al-Quran adalah 114; yang mana nama-nama dan had-had bagi setiap surah serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sebahagian dari surah-surah mempunyai satu nama dan ada yang mempunyai lebih dari satu nama.
Showing posts with label Santapan Minda dan Hati. Show all posts
Showing posts with label Santapan Minda dan Hati. Show all posts
Thursday, 2 May 2013
Saturday, 9 February 2013
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
Wednesday, 21 November 2012
Siapa Kita? Kenali Diri
Kita mengharungi hidup ini berdasarkan bagaimana kita ‘melihat’ diri sendiri. Kita sebenarnya tanpa sedar atau tidak, akan meletakkan definasi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya kita memberi definasi kepada diri berpandukan pandangan orang lain terhadap kita. Memang benar, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, rakan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada bagaimana kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri samada positif atau negatif.
Topik mengenai diri amat menarik untuk dibincangkan. Saya merasakan bahawa mengenali diri, menyayangi diri, yakin kepada diri merupakan satu isu yang perlu diulang kembali kalau boleh berkali-kali khususnya kepada remaja semua. Jika kita TIDAK mengenali diri, maka besar kemungkinan kita akan menjadi lalang, tiada pendirian dan mudah terpengaruh ditiup dan ditepis ke kiri dan kanan sewenangnya. Begitu mudah kita dibawa ‘angin’ - berubah fikiran dan prinsip hidup mengikut rentak angin yang bertiup. Tidak mengenali diri maka seringlah kita merasa rendah diri dihadapan orang lain. Manakan tidak kekuatan diri pun tidak dicari dan diketahui sedangkan Allah menciptakan kita semua masing-masing dengan kekuatan yang tersendiri. Mungkin bukan salah anda, mungkin selama ini tidak ada yang memuji dan meyakinkan bahawa anda sebenarnya tersangat istimewa. Namun janganlah dan usahlah mengharapkan orang lain lagi, mari bangkit untuk mengenali diri sendiri!
Monday, 2 July 2012
13, 14 & 15 Syaaban

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini.
Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
Thursday, 21 June 2012
Ibu Menyusu: Tips Kekalkan Pengeluaran Semasa Berpuasa
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.
Menggapai Ramadhan
.jpg)
Begitulah bibit-bibit puisi indah daripada Abu Bakar Al-Warraq.
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah jika diizinkan Allah SWT untuk menemui lagi Ramadan yang bakal membuka tirainya dalam masa tidak sampai dua bulan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersama Ramadan sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang.
Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)
Monday, 18 June 2012
Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain
Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.Setiap individu, kelompok... pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)