Showing posts with label Breastfeeding Set. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Set. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

Set Penyusuan Shaklee! Kepuasan Anda Matlamat Kami!

As salam semua, teruja sebenarnya nak menulis artikel Set Penyusuan Shaklee ini untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan secara eksklusif. Saya yakin bahawa setiap ibu pasti inginkan hanya yang terbaik untuk anaknya. Namun, para ibu pada zaman moden kini sangat tercabar kerana terpaksa melalui pelbagai cabaran sebagai seorang ibu atas pelbagai sebab. Cabaran ini bukan sahaja untuk ibu yang bekerjaya kerana pada hakikatnya, semua ibu adalah ibu yang bekerja walaupun dia merupakan suri rumah sepenuh masa.

Dan saya faham, mungkin terdapat juga para ibu yang berasa bersalah kerana gagal dalam penyusuan bayi. Ketahuilah , There no such thing as failure, there are only life experiences! Kebolehan atau kejayaan seseorang ibu untuk menyusukan anaknya itu datangnya dari pengetahuan dan juga pengalaman. Di sini saya akan kongsikan pengalaman ibu menyusu yang yang sudah berjaya berkat usaha yang tekad, dan salah satu usahanya adalah dengan mengambil nutrisi penyusuan dari Set Penyusuan Shaklee.

Sunday, 2 June 2013

Susu Laju dan Memancut Keluar Penangan ESP!


Syukur Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai para ibu yang mengambil Set 3M untuk membantu melancarkan sesi penyusuan. Malah ada yang amalkan gabungan ESP dan Alfalfa sahaja, dan ada yang amalkan ESP, Alfalfa dan Ostematrix. Namun, semuanya dapat puaskan hati para ibu untuk menjayakan sesi penyusuan.

Sering kali saya mendengar keluhan para ibu "Saya memang tidak ada susu dari awal lagi", "Saya bersemangat untuk menyusukan anak saya tetapi memang nasib saya tidak baik," atau "Bolehkah saya menyusukan anak saya?" Adakah menyusukan bayi dengan susu ibu sesuatu yang berlaku secara semulajadi untuk semua ibu tanpa perlu sebarang persedian? Cukupkah hanya niat untuk menyusukan anak?

Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri sama ada teknik-teknik penyusuan yang diamalkan selama ini betul? Mungkin anda mempunyai persoalan mengenai penyusuan tetapi tidak tahu hendak merujuk kepada siapa? Penah gagal menyusukan anak sebelum ini?

Sunday, 12 May 2013

Penyusuan Ibu~Ibu Sihat bermula dengan Nutrisi yang Betul

IBU permata hati, ibu teman sejati. Biarpun pelbagai panggilan diberi; mummy, mama, emak, mak, umi dan sebagainya namun orangnya tetap sama. Orang yang melahirkan dan insan teristimewa yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman susah senang tatkala suka duka yang akan kita kenang dan ingat sampai mati. Walau sebutan ibu semudah dua suku kata, namun menjadi dan menggalas tugas sebagai seorang ibu bukanlah semudah disangka. Banyak yang perlu dikorbankan yakni masa, tenaga, wang ringgit, jiwa raga dan segala yang menjadi miliknya demi sebuah keluarga. Justeru itu, sesuai benarlah mereka diraikan dengan satu hari ISTIMEWA iaitu HARI IBU.

Friday, 19 April 2013

5 Sebab ESP menjadi BFF Ibu Menyusu

Salam semua, petang ni suka saya untuk berkongsi 1001 kebaikan ESP ni. Apa yang bestnya ESP ni...di sini saya kongsikan 5 sebab ESP menjadi BFF Ibu Menyusu.

1. Membentuk Sel yang Sihat

Protein berfungsi menghasilkan sel badan yang sihat. Hanya sel yang sihat boleh serap hampir 99% nutrisi dan zat dari makanan. Tanpa ESP, ambillah supplement berkoyan-koyan pun milk booster bermacam-macam jenis, makan banyak makanan berkhasiat pun, kalau sel tubuh kita tidak sihat, tak banyak juga yang dapat diserap. Jadilah nutrisi itu bagai angin lalu dalam sistem tubuh. Untuk elakkan kita daripada membazir, kan sebaiknya amalkan pengambilan ESP setiap hari, cuma laburkan sedikit wang untuk kesihatan yang berpanjangan.

Wednesday, 17 April 2013

5 Tips Susu Melimpah Ruah Semasa Pantang

Alhamdulillah bayi saya kini dah masuk 9 bulan. Dan dengan rasa bangganya ingin berkongsi kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu, selama 9 bulan inilah bayi saya masih menyusu badan secara konsisten. Di sini saya kongsikan tips susu melimpah ruah semasa berpantang lagi.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu dan memberi semangat kepada ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed bayi anda :)

1. Susukan anak direct feeding walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup.
Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

Tips kekal positif: Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda

Tuesday, 12 March 2013

Wowww..manfaat ESP yang mengujakan!


Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

ESP Shaklee:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Buat Pembelian Sekarang ~ Promosi ESP di MommyLiyanaShoppe!

         BUAT PEMBELIAN SEKARANG!




PENGHANTARAN PERCUMA ke Seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak)!
PENJIMATAN HEBAT untuk belian 6 unit ESP Shaklee dan ke atas!

PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE dengan pembelian 6 unit ESP!

[KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE]

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan tawaran harga HEBAT!

♥ Add/PM FB: http://www.facebook.com/wieyma.hamizan
♥ Call/SMS: 016-8977158
♥ Emel: mommyliyana@gmail.com
♥ Blog: http://mommyliyana.blogspot.com/
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe

Saturday, 17 November 2012

Power Pumping Tingkatkan Susu Ibu

Bagi mana-mana ibu menyusukan yang mengalami masalah susu merundum, usah khuatir kerana masih ada cara untuk anda meningkatkan semula penghasilan susu ibu. Salah satu di antaranya ialah melakukan teknik 'power pumping'. Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya sungguh mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.

Sunday, 21 October 2012

Teknik Elakkan "Susu Kering"

Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran anak-anak. Ketahuilah susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Namun demikian, proses penyusuan susu ibu itu ibarat roda. Kejap di atas kejap di bawah. Sama juga dengan production susu ibu. Kejap banyak kejap sedikit. Situasi ini memang normal, malah saya sendiri mengalaminya. Ikuti panduan ini supaya anda dapat memberi penyusuan susu ibu dengan lebih baik.

Thursday, 18 October 2012

Susu Meriah & Fridge Sentiasa Penuh dengan Set 3M


Salam semua, pagi ni mommy terpanggil untuk berkongsi lagi tentang Set Penyusuan TERBAIK kami iaitu Set 3M. Set 3M ini sememangnya menjadi PILIHAN UTAMA ramai ibu menyusu kerana hasilnya yang tidak mengecewakan.

Jom kita lihat apa yang terkandung dalam Set 3M ni:-
  ✎ Vita-Lea (multivitamin)
  ✎ Vitamin B-complex
  ✎ Vitamin C
  ✎ Alfalfa
  ✎ Ostematrix@Kalsium
  ✎ ESP (Soy Protein Isolate Powder)
Mesti anda terfikir banyakkan kena makan? Tapi anda tidak perlu risau kerana setiap supplement bukanlah untuk dimakan serentak semuanya. Malah setiap pembelian akan disertakan dengan Panduan Pengambilan dan Tips Eksklusif khusus untuk Set 3M sahaja ya.
Dan tahukah anda bahawa setiap supplement mempunyai khasiatnya tersendiri. Bonusnya, selain membantu melancarkan penyusuan, mempercepat dan meningkatkan penghasilan susu badan, dengan Set 3M ini, ibu juga akan mengalami kesan-kesan seperti berikut :-

Tuesday, 18 September 2012

Wow..Meriahnya Dengan Set 3M!

Assalammualaikum..

Syukur Alhamdulillah, terbuka rasa hati untuk menulis entri kali ini tentang Set 3M, merupakan set TERHEBAT KAMI.. kegemaran para ibu termasuk diri saya sendiri. Memang diakui, setelah mengamalkan Shaklee sejak hamil, dalam tempoh berpantang sehinggalah sekarang, badan rasa lebih sihat & bertenaga. Susu untuk baby Umairah pun tiada masalah..

Apa yang terkandung dalam set 3M ni..jom kita imbas sepintas lalu..:-

Vitamin C, Vitamin B Alfalfa  Multivitamin✰      KalsiumESP

Thursday, 14 June 2012

Keliru Set Penyusuan Mana Nak Pilih..??

Salam Jumaat semua, ramai yang keliru mana satu la set yang nak dipilih...banyak sangat..hehe...Pada saya simple je, untuk yang berpantang tak ada pilihan, hanya boleh ambil Set 2-Set Eu-Four Pack sahaja dan bagus sangat jika ditambah dengan ESP. Jika anak G6PD, set ini jugalah yang paling sesuai.

Kepada semua ibu yang dah tidak berpantang, dan anak tidak mengalami masalah G6PD, anda boleh mengambil mana-mana set di bawah dan semestinya SET TERBAIK ialah Set 3M. Semuanya bergantung kepada budget anda. Namun, jika budget agak terhad, boleh cuba Set E di mana kesannya juga bagus. Dan bagi ibu yang budgetnya terhad, pilihan yang paling baik ialah Set B, di mana harga memang sangat berpatutan. Ni detail Set Penyusuan yang ada.