Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Ibu Hamil : Berpuasa Ketika Mengandung


Kedatangan bulan Ramadhan memang dinantikan oleh semua umat Islam dan Alhamdulillah hari ini dah 8 hari kita di bulan Ramadhan menjalan ibadah puasa. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian, bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadhan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah s.w.t..

Bagi ibu hamil yang teruk "morning sickness", jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Thursday, 13 June 2013

3 Langkah Penjagaan Kesihatan yang menyeluruh!


Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan di mana kita bebas daripada sebarang penyakit. Maka sudah tentulah kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak mengidap sebarang penyakit. Namun, ada pula yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya berkeadaan sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Setiap individu punyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri ; memberikan pemakanan asas terbaik pada tubuh, mengawal berat badan serta tidak lupa untuk bersenam. Di samping itu, risiko kesihatan seperti merokok, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.

TIGA langkah mudah yang anda perlu berikan perhatian untuk mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Wednesday, 27 March 2013

Performance Drink : Minuman Bertenaga untuk Ahli Sukan

As salam semua, pagi ni nak bercerita tentang Performance Drink : Minuman tenaga dan terbaik untuk ahli sukan. Shaklee Performance Drink merupakan minuman sukan pertama di US. Ia direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat dan telah menjadi pilihan utama atlet di Malaysia mahupun antarabangsa. 

Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif ObtiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat segera.