Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Set Berpantang Shaklee Terbaik...Kenapa?

Berkesan dan murah? Sebab itulah Set Berpantang Shaklee terbaik. Dahlah murah, berkesan pulak tu. Kenapa saya cakap macam tu ya. Teruja sebenarnya ni nak kongsi setiap kebaikkan produk yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee ni. Anda mencari Set Berpantang terbaik? Set Berpantang Shaklee lah jawapannya.


Set Berpantang Shaklee Terbaik



Apa yang terkandung dalam Set Berpantang Shaklee ni ya?

1. Vitamin B-complex
Menstabil hormon dalam badan, memberi tenaga dan emosi lebih seimbang.        

2. Vitamin C
Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan, memperbaiki tisu rosak semasa bersalin.   

Sunday, 28 October 2012

Penyusuan Lancar, Luka Cepat Sembuh & Badan Kekal Cergas Sepanjang Berpantang

Alhamdulillah banyak permintaan untuk Set Berpantang Shaklee. Saya sendiri tak sangka rupanya memang ramai ibu-ibu yang mula memilih Shaklee untuk menjadi teman ketika berpantang. Pengalaman saya menggunakan Shaklee semasa berpantang dulu memang best sampaikan saudara mara semua pelik tengok saya cergas semacam je. Tak macam orang baru lepas bersalin katanya...hehe..lagipun bersalin anak ketiga tiada jahitan..bersyukur sangat-sangat. Badan memang rasa cergas hari pertama melahirkan, mudah lawas dan susu badan...Alhamdulillah memang banyak dan sentiasa over-flow. Baby Umairah pun dah masuk 3 bulan dan dengan izin Allah serta bantuan Shaklee, sampai sekarang masih menyusu baby secara exclusive..Alhamdulillah.

Saturday, 16 June 2012

Tips Selepas Bersalin

Assalammualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi tips selepas melahirkan anak..hasil dari bacaan saya & juga untuk persediaan diri saya yg x lama lagi nak melahirkan bb yang ke-3..semoga segala apa dikongsi disini, dapat diaplikasikan bersama..semoga ada perubahan berbanding melahirkan bb yang pertama dan ke-2..

Antaranya PETUA SELEPAS BERSALIN ini ialah :-
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum bersama air kisaran kunyit & 1 cawan lagi digunakan untuk membasuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. {Tapi, buat masa ni saya gunakan Minyak Kelapa Dara yang terdapat dalam Set Bersalin TANAMERA dengan menyapu sekali sehari pada perineum apabila kandungan masuk 30 minggu. Apabila masuk minggu ke-36, saya gandakan sapuan kepada dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur, di samping minum minyak ini setiap hari lima minggu sebelum cukup bulan. Ini persediaan saya untuk melahirkan bb yg ke-3. Semoga tiada luka dan jahitan untuk melahirkan bb yg ke-3 ni.}

Thursday, 25 August 2011

Set Bersalin Shaklee

Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari tu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.