Showing posts with label Betulkah Omega Guard Shaklee Bahaya??? Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Betulkah Omega Guard Shaklee Bahaya??? Omega Guard. Show all posts

Monday, 27 January 2014

Betulkah Omega Guard Shaklee Bahaya???

Salam semua, terpanggil pula nak bercerita pasal Omega Guard Shaklee ni...betulkah Omega Guard Shaklee bahaya??? 

Bila pelanggan mula bertanya, "betulkah omega shaklee ni boleh menghakis? Saya pernah tengok demo yang dibuat oleh dealer produk A***..dealer tersebut buat eksperimen ke atas omega keluaran produk A dengan Omega Shaklee dengan meletakkan kedua-duanya ke atas pinggan polisterin. Keputusannya Omega Shaklee telah menghakis polisterin tersebut sedangkan Omega A tidak...alamak takutlah nak makan omega Shaklee ni..." 

Ok...sebagai pengedar sah Shaklee saya pun dengan tenangnya & ala-ala saintis gitu telah mengambil dua bekas polisterin. Saya isi dengan air dan kemudiannya meletakkan 5 biji Omega brand XX dalam satu polisterin tersebut manakala satu lagi saya letakkan 1 biji Omega Guard Shaklee. 1 biji sahaja ya...Eksperimen ini untuk menunjukkan tindakbalas omega dengan polisterin tersebut. Air digunakan kerana dealer produk A*** tersebut juga menggunakan air. Jadi saya ingin menunjukkan perbandingan yang sama...