Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Ibu Hamil : Berpuasa Ketika Mengandung


Kedatangan bulan Ramadhan memang dinantikan oleh semua umat Islam dan Alhamdulillah hari ini dah 8 hari kita di bulan Ramadhan menjalan ibadah puasa. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian, bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadhan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah s.w.t..

Bagi ibu hamil yang teruk "morning sickness", jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Thursday, 28 June 2012

Persediaan Puasa untuk Ibu Menyusu



Assalammualaikum..
Alhamdulillah..kita pun dah berada di bulan Syaaban..x sampai sebulan nak masuk Ramadhan. Kepada ibu-ibu yang menyusu, pastinya sudah mula risau untuk menghadapi bulan Ramadhan. Apalagi jika bukan risau mengenai susu merudum. 
Buat ibu yang menyusu, jangan risau, puasa tidak menjejaskan hasil EBM anda. Sebaliknya, kerisauan anda mengenai susu merudum dan x sempat nak buat stok untuk Ramadhan, saya kongsikan sedikit panduan bagi ibu-ibu untuk berpuasa.

Thursday, 21 June 2012

Ibu Menyusu: Tips Kekalkan Pengeluaran Semasa Berpuasa

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Menggapai Ramadhan


Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat.
Begitulah bibit-bibit puisi indah daripada Abu Bakar Al-Warraq.
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah jika diizinkan Allah SWT untuk menemui lagi Ramadan yang bakal membuka tirainya dalam masa tidak sampai dua bulan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersama Ramadan sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang.
Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)