Showing posts with label Sudut Bacaan untuk Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Sudut Bacaan untuk Pengetahuan. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Petua Bahagia Daripada Dr Fazilah Kamsah


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suamiisteri yang melayari rumah tangga.

Tuesday, 12 March 2013

Wowww..manfaat ESP yang mengujakan!


Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

ESP Shaklee:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 11 October 2012

Kenali Bayi Baru Anda


Menanti kelahiran bayi yang telah hampir 40 minggu berada dalam kandungan isteri benar-benar mengujakan. Ada yang diselubungi perasaan lantaran bimbang anak yang bakal lahir itu tidak seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga yang gembira terutamanya bagi yang sudah bertahun-tahun menunggu. Namun, apa pun perasaan yang hadir, realiti terpaksa dihadapi.


Apabila semakin hampir dengan saat-saat yang ditunggu, hati semakin berdebar. Seolah-olah menjadi satu kemestian kepada suami zaman ini untuk menatap sendiri detik-detik kelahiran anak tersayang. Pengalaman yang pastinya akan menjadi kenangan paling berharga  untuk seorang insan yang bergelar papa. Walaupun ada di kalangan para suami yang pada mulanya gementar untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Namun, atas permintaan isteri tersayang, mereka sanggup mengetepikan rasa takut dan ngeri untuk bersama-sama memberikan sokongan moral kepada isteri tatkala menantikan kelahiran cahaya mata ke dunia. Thankz to my hubby Muhammad Zulkarnain bin Abdul Hamid.