Showing posts with label Forum Penyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Forum Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Tanda-tanda yang menunjukkan Bayi Anda Mendapat Susu yang Mencukupi

Dalam beberapa minggu yang pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas hati selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakkan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke 8 hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda akan dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.