Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Sunday, 15 March 2015

PERCUMA keahlian Shaklee sepanjang MAC 2015!

Assalammualaikum rakan pembaca setia Mommy Liyana. Lama betul dah saya dah update page Mommy Liyana ni...nak bagitau berita gembira ni. Sepanjang Mac 2015 ni, promosi ESP sedang berlangsung. Dengan pembelian 6 tong ESP dapat percuma 1 tong ESP bernilai RM150. Manakala untuk pembelian 2 tong ESP dapat lagi kurang 5%.



Nak dapat PERCUMA keahlian Shaklee, anda kena beli 6 tong ESP. Caranya mudah sahaja. Ajak kawan-kawan, adik kakak untuk kongsi beli. Anda akan dapat percuma lagi setong ESP. Dapat cash money lagi bulan depan bernilai RM35.

Thursday, 6 November 2014

Set Penyusuan Baget Shaklee Hasilnya Memuaskan

Anda ibu yang menyusu? Risau dengan hasil yang tidak memuaskan? Apa kata cuba Set Penyusuan Baget Shaklee, pastinya anda akan berpuashati dengan kesannya. Lagipun Set Penyusuan Baget Shaklee ini semakin HOT sekarang dan produk paling laris di Mommyliyana.com.


Walaupun Set Baget tapi kesannya sama sahaja dengan Set Penyusuan Shaklee yang lain. Semuanya bergantung dengan baget anda. Bukan saja 'breast' penuh dengan susu hingga memancut-mancut, malahan susu akan menjadi lebih pekat kerana penuh dengan khasiat dan vitamin.

Apa yang terkandung dalam Set Penyusuan Baget Shaklee ni ya?

Friday, 31 October 2014

Kulit Lembut dan Licin penangan masker ESP Shaklee!

Siapa nak kulit licin dan lembut je bila disentuh? Hehe...mesti semua nak kan...Kalau nak, siapa ada ESP Shaklee tu cubalah buat masker ESP 3 hari berturut-turut pakai masker ESP malam-malam sebelum tidur. Pagi ni hubby puji kulit lembut je. Atas hidung dulu memang kasar berbintik-bintik. Sekarang dan takde...hubby sentuh kata dah licin...nak post gambar malu pulak...hehe...jadi, siapa yang ada ESP cepat-cepatlah buat masker...




Jom kita lihat apa khasiat ESP Shaklee ni...

1. Menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.
2. Bantu hilangkan jeragat dan parut.
3. Menganjalkan kulit dan payudara yang kendur.
4. Memberi tenaga berpanjangan.

Sunday, 26 October 2014

ESP Shaklee bantu kulit bermasalah!

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca setia artikel MommyLiyana. Hari ni nak bercerita vitamin tebaik untuk kulit muka yang bermasalah. Sebabnya ramai yang bertanya vitamin Shaklee yang mana yang terbaik untuk kulit muka yang bermasalah. Jawapannya ada pada ESP Shaklee - ESP Shaklee bantu kulit bermasalah!




Namun demikian, saya syorkan anda untuk ambil Vitamin E dan ESP Shaklee. Ini kerana Vitamin E memang vitamin terbaik kulit, manakala ESP pula merupakan protein yang membantu membuang sel-sel mati dan menggantikan sel-sel kulit baru dengan cepat. 

Apabila sel kulit baru terhasil dengan cepat, kulit kita pun akan jadi cantik. Parut-parut lama pun semakin pudar dan tak hairanlah semakin ramai yang kelihatan lebih cerah dan gebu setelah mengambil ESP!

Saturday, 25 October 2014

Kenapa Anda Perlukan ESP Shaklee

Seperti pokok besar yang memerlukan cukup nutrien untuk terus berdiri tegak, gagah di muka bumi ini. Begitu juga tubuh badan manusia perlukan cukup nutrien untuk meneruskan hidup yang sihat. Mengapa sebatang pokok besar boleh hidup dengan lebih lama dan kekal kuat?



Jawapannya ada 2 sebab utama: -

1. Akar yang panjang, sihat dan kuat bagi membolehkannya menyerap nutrien dan air sehingga ke dasarnya.

2. Baja yang mencukupi untuk kekal sihat dan kuat.

Dan apa pula kaitan baja dan akar ini kepada manusia?

Wednesday, 22 October 2014

Set Menyusu Murah!

Wahhhh...tetap meriah dengan Set Menyusu Murah! Alhamdulillah sampai sekarang masih menyusu anak tersayang yang dah berumur setahun tiga bulan. Anda pun boleh untuk meneruskan penyusuan dengan amalkan Set Menyusu Murah yang mampu milik ni.




Apa yang terkandung dalam Set Menyusu Murah ni? 

✐ Alfalfa

1. Alfalfa merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan
2. Kaya dengan serat, protin, amino asid, klorofi, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia
3. Memerangkap lemak yang
 telah dicairkan oleh lecithin, dan akan membawa kelur dari badan.
4. Juga merupakan galactogogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu
5. Merawat gangguan pencernaan.
6. Mengawal kolestrol dalam darah.
7. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh.
8. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
9. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
10. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan.
11. Mengurangkan simptom menopous.
12. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan.
13. Merawat masalah sembelit.

Monday, 20 October 2014

Meriahnya dengan Set Penyusuan 3M!

Apa yang meriahnya dengan Set Penyusuan 3M? Ni yang nak cerita ni...bukan meriah susu je tau...malahan banyak manfaat lain yang para ibu dapat. Secara tidak langsung, ibu yang menyusu mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menjaga bentuk badan mereka kerana menyusu itu sendiri membantu membakar kalori tubuh.



Malahan dengan pengambilan Set Penyusuan 3M ini juga membantu para ibu sihat dan anak membesar bagai juara. Lagipun, percaya atau tidak, dengan mengamalkan Set Penyusuan 3M ini turut membantu para ibu mempunyai badan yang langsing, kulit yang sihat dan anggun.

Supplemen apa yang terkandung dalam Set Penyusuan 3M ni ya?

Friday, 17 October 2014

ESP Shaklee Terbaik untuk Wanita!

Semua wanita idamkan kulit yang cantik tanpa jerawat, kulit licin dan cerah berseri. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cuma amalkan ESP Shaklee & Set Kecantikkan kulit dari Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C dan Vitamin E. Yang penting mesti amalkan secara konsisten dan minum banyak air. Agar kelembapan kulit terserlah di luaran. ESP bukan sahaja baik untuk wajah anda, namun banyak lagi manfaat lain ESP untuk para wanita.


Kenapa ESP Shaklee terbaik untuk wanita?


  • Esp membantu memperbanyakkan susu ibu

ESP adalah supplemen berbentuk protein. Protein adalah binaan asas sel dan tisu dalam tubuh badan kita. Gabungan sel akan membentuk tisu, dari tisu membentuk organ seterusnya membentuk sistem. Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium dan zat lain. Protein ini diperlukan untuk penghasilan sel dan membaiki tisu sel dalam badan serta ia penting untuk pembesaran bayi.

Monday, 10 March 2014

Shaklee Kuching : ESP Cinta Hati Saya dan Suami


Mula mengenali Shaklee, dah terpikat dengan rasa ESP Shaklee yang sedap...mula2 memang tak boleh nak telan, rasa pun dah rasa soya. Tapi tekad nak minum, bancuh sekali dengan air milo...rasa memang umppp!

Apa yang best sangat ESP ni ya? ESP ni membekalkan tenaga berkekalan. Walau apapun kerja yang kita buat memang menggunakan banyak tenaga. Bagi anda yang cepat letih, cubalah ESP Shaklee. Anda pasti menyukainya.

Saturday, 1 March 2014

ESP Promosi Mac 2014



Assalammualaikum rakan semua, 

Terujanya rasa hati ini bila ESP pilihan ramai menjadi pilihan untuk Promosi "Buy 6 Free 1" dengan harga super duper murah untuk bulan Mac 2014!

Kepada rakan-rakan semua, jangan lepaskan peluang pada bulan ini untuk dapatkan ESP dengan harga promosi! Harga memang MURAH, memang berbaloi, pulangan pun baik.

Dengan itu, pembelian untuk setiap Set Menyusu, Set Hamil, Set Berpantang, Set Kesuburan, Set Diet juga turut mendapat harga promosi! Hanya untuk bulan Mac 2014 sahaja ya!

Anda berminat? Hubungi saya segera di :-

Call/whatsap: 016-8977158 | Wima Madian

Like page: MommyLiyanaShoppe untuk dapatkan lebih banyak tawaran harga menarik.

Add Fb: Wima Madian

E-mail: mommyliyana@gmail.com




Wednesday, 17 July 2013

Ibu Hamil : Berpuasa Ketika Mengandung


Kedatangan bulan Ramadhan memang dinantikan oleh semua umat Islam dan Alhamdulillah hari ini dah 8 hari kita di bulan Ramadhan menjalan ibadah puasa. Bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian, bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadhan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah s.w.t..

Bagi ibu hamil yang teruk "morning sickness", jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Thursday, 13 June 2013

3 Langkah Penjagaan Kesihatan yang menyeluruh!


Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan di mana kita bebas daripada sebarang penyakit. Maka sudah tentulah kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak mengidap sebarang penyakit. Namun, ada pula yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya berkeadaan sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Setiap individu punyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri ; memberikan pemakanan asas terbaik pada tubuh, mengawal berat badan serta tidak lupa untuk bersenam. Di samping itu, risiko kesihatan seperti merokok, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.

TIGA langkah mudah yang anda perlu berikan perhatian untuk mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Tuesday, 4 June 2013

Set Penyusuan Shaklee! Kepuasan Anda Matlamat Kami!

As salam semua, teruja sebenarnya nak menulis artikel Set Penyusuan Shaklee ini untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan secara eksklusif. Saya yakin bahawa setiap ibu pasti inginkan hanya yang terbaik untuk anaknya. Namun, para ibu pada zaman moden kini sangat tercabar kerana terpaksa melalui pelbagai cabaran sebagai seorang ibu atas pelbagai sebab. Cabaran ini bukan sahaja untuk ibu yang bekerjaya kerana pada hakikatnya, semua ibu adalah ibu yang bekerja walaupun dia merupakan suri rumah sepenuh masa.

Dan saya faham, mungkin terdapat juga para ibu yang berasa bersalah kerana gagal dalam penyusuan bayi. Ketahuilah , There no such thing as failure, there are only life experiences! Kebolehan atau kejayaan seseorang ibu untuk menyusukan anaknya itu datangnya dari pengetahuan dan juga pengalaman. Di sini saya akan kongsikan pengalaman ibu menyusu yang yang sudah berjaya berkat usaha yang tekad, dan salah satu usahanya adalah dengan mengambil nutrisi penyusuan dari Set Penyusuan Shaklee.

Sunday, 2 June 2013

Susu Laju dan Memancut Keluar Penangan ESP!


Syukur Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai para ibu yang mengambil Set 3M untuk membantu melancarkan sesi penyusuan. Malah ada yang amalkan gabungan ESP dan Alfalfa sahaja, dan ada yang amalkan ESP, Alfalfa dan Ostematrix. Namun, semuanya dapat puaskan hati para ibu untuk menjayakan sesi penyusuan.

Sering kali saya mendengar keluhan para ibu "Saya memang tidak ada susu dari awal lagi", "Saya bersemangat untuk menyusukan anak saya tetapi memang nasib saya tidak baik," atau "Bolehkah saya menyusukan anak saya?" Adakah menyusukan bayi dengan susu ibu sesuatu yang berlaku secara semulajadi untuk semua ibu tanpa perlu sebarang persedian? Cukupkah hanya niat untuk menyusukan anak?

Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri sama ada teknik-teknik penyusuan yang diamalkan selama ini betul? Mungkin anda mempunyai persoalan mengenai penyusuan tetapi tidak tahu hendak merujuk kepada siapa? Penah gagal menyusukan anak sebelum ini?

Sunday, 12 May 2013

Penyusuan Ibu~Ibu Sihat bermula dengan Nutrisi yang Betul

IBU permata hati, ibu teman sejati. Biarpun pelbagai panggilan diberi; mummy, mama, emak, mak, umi dan sebagainya namun orangnya tetap sama. Orang yang melahirkan dan insan teristimewa yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman susah senang tatkala suka duka yang akan kita kenang dan ingat sampai mati. Walau sebutan ibu semudah dua suku kata, namun menjadi dan menggalas tugas sebagai seorang ibu bukanlah semudah disangka. Banyak yang perlu dikorbankan yakni masa, tenaga, wang ringgit, jiwa raga dan segala yang menjadi miliknya demi sebuah keluarga. Justeru itu, sesuai benarlah mereka diraikan dengan satu hari ISTIMEWA iaitu HARI IBU.

Friday, 19 April 2013

5 Sebab ESP menjadi BFF Ibu Menyusu

Salam semua, petang ni suka saya untuk berkongsi 1001 kebaikan ESP ni. Apa yang bestnya ESP ni...di sini saya kongsikan 5 sebab ESP menjadi BFF Ibu Menyusu.

1. Membentuk Sel yang Sihat

Protein berfungsi menghasilkan sel badan yang sihat. Hanya sel yang sihat boleh serap hampir 99% nutrisi dan zat dari makanan. Tanpa ESP, ambillah supplement berkoyan-koyan pun milk booster bermacam-macam jenis, makan banyak makanan berkhasiat pun, kalau sel tubuh kita tidak sihat, tak banyak juga yang dapat diserap. Jadilah nutrisi itu bagai angin lalu dalam sistem tubuh. Untuk elakkan kita daripada membazir, kan sebaiknya amalkan pengambilan ESP setiap hari, cuma laburkan sedikit wang untuk kesihatan yang berpanjangan.

Wednesday, 17 April 2013

5 Tips Susu Melimpah Ruah Semasa Pantang

Alhamdulillah bayi saya kini dah masuk 9 bulan. Dan dengan rasa bangganya ingin berkongsi kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu, selama 9 bulan inilah bayi saya masih menyusu badan secara konsisten. Di sini saya kongsikan tips susu melimpah ruah semasa berpantang lagi.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu dan memberi semangat kepada ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed bayi anda :)

1. Susukan anak direct feeding walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup.
Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

Tips kekal positif: Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda

Sunday, 24 March 2013

Set Kesuburan Shaklee



Masalah Sukar Dapatkan Zuriat
Definisi Ketidaksuburan:
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.


Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.


Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.

Friday, 22 March 2013

Supplement Penting Untuk Ibu Mengandung

Set Kehamilan Shaklee






Set Kehamilan Shaklee adalah salah satu pilihan yang ada di pasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral lengkap untuk ibu yang hamil. Agar tempoh hamil menjadi lebih manis untuk dikenang. Lagi pula ibu mesti mahu berikan yang terbaik kepada anak yang dikandungkannya. Jadi pilihlah makanan tambahan yang sudah pasti berkualiti dan memberi banyak manfaat kepada ibu dan bay
i.

Tuesday, 12 March 2013

Wowww..manfaat ESP yang mengujakan!


Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

ESP Shaklee:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.