Bagi ibu hamil yang teruk "morning sickness", jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung untuk kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa:-
Ketika berbuka puasa :-
- Mulakan dengan 3 biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
- Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi :- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis, atau kekacang.
- Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Ketika Bersahur :-
Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi :-
- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
- Bijirin berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak.
- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
Untuk kekal cergas dan bertenaga pula, di sini ada tips dari kami untuk Ibu-ibu hamil bersama Shaklee.
Kami menyediakan 2 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu:-
Untuk kekal cergas dan bertenaga pula, di sini ada tips dari kami untuk Ibu-ibu hamil bersama Shaklee.
Kami menyediakan 2 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu:-
Kedua-dua produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas. Set ini amat sesuai untuk ibu hamil yang ingin kekal cergas semasa berpuasa dan untuk mereka yang tidak sempat bersahur dan juga sebagai minuman berbuka puasa.
Kalau tak sempat sahur, (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), ESP dan Performance Drink memadai untuk anda menjalani ibadah berpuasa seperti biasa. Dan berbuka puasa dengan kedua-dua produk ini memberi tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah-ibadah lain seperti bertadarus.
Semestinya pilihan terbaik untuk Ibu Hamil kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa!
Untuk mendapatkan Set ESP dan Performance Drink ni, boleh hubungi saya melalalui :-
Call/Whatsapp : 016-8977158
E-mail: mommyliyana@gmail.com
Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ibu bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
No comments:
Post a Comment