Rumah sebab-sebab rezeki VS Rumah Pemberi Rezeki
1) Katakan kita berada di kedai. Kita nampak jelas nyata customer yang beri wang.
2) Katakan kita berada di pejabat. Kita nampak jelas nyata kerani akaun yang beri gaji.
3) Yang tidak nampak adalah kuasa yang memberi hati customer yang beri wang.
4) Yang tidak nampak adalah Bos yang mengarahkan kerani akaun yang beri gaji kita.
Yang selalu nampak itu adalah sebab-sebab rezeki.
Yang tidak nampak itu adalah Pemberi Rezeki.
5) Jadi, tidaklah hairan jika ramai yang memberi tumpuan kepada kedai, ladang, pejabat dan kilang. Kerana ia nampak jelas nyata.
6) Dan tidak hairanlah mengapa sedikit sahaja yang beri tumpuan kepada Pemberi Rezeki kerana Pemberi Rezeki tidak nampak.
Seperti kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
Dunia nampak akhirat tidak nampak.
Kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba mengejar dunia, kerana dunia nampak
Hanya sedikit yang mengejar akhirat, kerana akhirat tidak nampak.
Tetapi Nabi kata, orang bijak itu adalah orang yang selalu mengingati mati. Mengingati mati ini maksudnya mengingati kehidupan akhiratlah tuan.
Menariknya lagi, kepada yang sering ingatkan akhirat, dunia pula datang dan mengejar-ngejar beliau.
Aduhai...ini namanya menjemput rezeki...
Inilah yang dimaksudkan menjemput rezeki lebih mudah berbanding rezeki.
Menjemput bermakna kita beri tumpuan kepada Pemberi Rezeki dan selalu ziarah rumah Pemberi Rezeki. Di manakah rumah Pemberi Rezeki?
[MASJID]
Bila kita datang ke masjid, bermakna kita datang ke rumah Pemberi Rezeki tuan.
Kita jadi tetamu Pemberi Rezeki.
Dapatkah dibayangkan betapa mesranya hubungan kita dengan Pemberi Rezeki, bilamana kita ziarah rumah-Nya lima (5) kali sehari?
Tuan...dapatkah pula dibayangkan betapa kasihnya Pemberi Rezeki kepada kita bila kita dengan senang hati bersihkan rumah Pemberi Rezeki dan baiki apa yang patut dibaiki?
Tuan...dapatkah pula dibayangkan betapa sayangnya Pemberi Rezeki kepada kita, bilamana setiap kali kita bertamu ke rumah Pemberi Rezeki, kita masukkan duit di tabung-tabung yang ada.
Duit itu nanti akan digunakan untuk bayar bil elektrik dan air. Duit itu nanti akan digunakan untuk beli makanan bila ada keramaian di rumah Pemberi Rezeki.
Apabila kita tidak berada di rumah Pemberi Rezeki...kita berada di mana tuan?
Kita akan berada di rumah sebab-sebab rezeki. Kita akan berada di pejabat, di kedai, di kilang dan di pasar.
Masya-Allah, masya Allah....
Apabila kita sudah faham, segalanya akan jadi...
Mudah dan Indah...
INSYA-ALLAH
No comments:
Post a Comment