Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.
ESP Shaklee:
- Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
- Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
- Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.