Jika bulan Mei kita meraikan Hari Ibu, bulan Jun pula khusus untuk golongan bapa. Ayah, insan yang luarbiasa yang gigih berusaha mendidik dan membesarkan kita tanpa mengenal erti putus asa dan jemu, menangani pelbagai cabaran demi menjamin kesejahteraan keluarga.
Cuma lagak seorang ayah yang sentiasa 'cool' jarang mencerminkan keresahan yang bermain dimindanya. Malah kerap kali sikap tegas, garang mendidik anak-anak, serta gigih memberi yang terbaik untuk orang yang dikasihi, membuatkan mereka kurang memberi tumpuan pada kesihatan diri.