Showing posts with label Teknik Memerah Susu. Show all posts
Showing posts with label Teknik Memerah Susu. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca mommyiskandar.com.. Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..


 Apa itu Power Pumping?


Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu


Macam mana nak buat Power Pumping?


Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.


 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.


*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma mommyliyana@gmail.com / 016-8977158

Tuesday, 23 August 2011

Teknik Terbaik Memerah Susu

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan

  • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • sediakan bekas yang bersih dan steril
  • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • tekan payudara ke belakang ke arah dada
  •  perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • teruskan memicit sehingga susu keluar
  • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • tukar ke payudara yang satu lagi
  • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara




 Memerah dengan Menggunakan Pam

  •  baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  •  duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  •  rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  •  posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain


1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


*Credit anakku wiraku*