Lebatnya hujan kat luar *_^...sejuk pulak rasanya....tp mommy gagahi juga untuk membaca & terus membaca bagi menambah pengetahuan & untuk dikongsi bersama..:)
Berminat dengan satu entri berkaitan dengan kandungan suplemen>>>"Apa pula makanan tambahan yang harus saya ambil..dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut?"
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda~tidak memihak kepada mana-mana brand~ini hanyalah panduan asas. Info ini sahih dari buku tulisan Dr. Bruce Millers.
Panduan MEMILIH :-
- PROTIN
~ Membina & memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon & enzim.
~ Stress, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti.
~ Rambut, kuku & kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
~ Sumber protin biasa kita seperti daging, susu & keju mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
~ Ia merupakan kunci bagi respons imun yang betul untuk menentang kejangkitan.
~ Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang 1 gram dalam campuran adalah dianggap baik.
~ Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
~ Kesemua asid amino juga harus hadir yakni kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 [menunjukkan kualiti].
~ Ia tidak mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.
2. MULTIVITAMIN
~ Membantu menyeimbangkan kadar kimia badan.
~ Menampung kekurangan diet yang kecilan.
~ Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
~ Ia merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
~ Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
~ Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
~ Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta 7 mineral yang lain.
~ Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100% peruntukkan US RDA bagi setiap vitamin.
~ Manakala kalsium, fosforus dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 100%. Ini disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100% peruntukkan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
~ Salah satu cara bagi menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya.
~ Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah.
~ Jadi, pilihan anda harus menawarkan 100% dari peruntukkan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
3. VITAMIN C
~ Meningkatkan sistem imun.
~ Stress - meningkatkan keperluan Vitamin C.
~ Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih Vitamin C.
~ Membantu penyerapan besi.
~ Membina kolagen - sejenis 'glu' yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
~ Membantu memulihkan luka.
~ Memerangi kimia toksik (nitrat & nitrit).
~ Makanan tambahan Vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan dari masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
~ Ia harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
~ Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C yang berbentuk boleh kunyah.
4. ALFALFA
~ Mengandungi enzim pencernaan dalam kuantiti secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua 3 kelas makanan.
~ Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
~ Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap dan kaya pemakanannya yang terdapat dari alam semulajadi.
~ Ia mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protin.
~ Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
~ Ia mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemua ini penting bagi fungsi sel.
~ Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
~ Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya matahari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
~ Cuba carikan jenis yang tidak ditanam denagan penggunaan racun serangga dan racun rumpai.
5. VITAMIN E
~ Mungkin melengahkan penuaan sel.
~ Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
~ Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
~ Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
~ Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
~ Merangsang beberapa bahagian sistem imun-menjadikan badan kita menentang sebarang kejangkitan dengan lebih effisien.
~ Melindung menentang beberapa pencemaran alam di sekeliling kita.
~ Keluaran Vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif.
~ Ia harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
~ Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
6. Vitamin B-Complex
~ Membantu memerangi kelesuan.
~ Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi.
~ Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan.
~ Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan Vitamin B.
~ Perlu bagi saraf sihat..
~ Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stress.
~ Untuk memilih Vit B-Comp hendaklah kaya dengan sumber yis.
~ Jenis yang baik mempunyai 2 sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
~ Ia hendaklah mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang diiktiraf.
~ Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya 100% peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut.
7. LECITHIN
~ Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan mengeluarkan lemak dari sel-sel.
~ Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
~ Membekalkan asid-asid lemak perlu - ia merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
~ Boleh menurunkan kolestrol.
~ Memberikan sinaran dan kilat pada rambut pudar.
~ Terdapat beberapa sumber lecithin, 2 antaranya ialah kuning telur dan hati, namun sumber yang paling kaya, paling berpotensi & yang paling berkesan adalah sumber dari kacang soya.
~ Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lecithin akan terjejas bila terdedah di udara.
8. KALSIUM / MAGNESIUM
~ Membina tulang & gigi yang kuat.
~ Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
~ Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
~ Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
~ Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot.
~ Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi membolehkan pertumbuhan.
~ Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot - carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
~ Ia harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.
9. BESI
~ Membina sel-sel darah sihat.
~ Perlu bagi pengankutan oksigen dalam badan.
~ Ramai wanita - dianggarkan 90% antara umur 12 dan 44 mengalami tahap besi yang rendah.
~ Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
~ Membantu mencegah anemia.
~ Penting bagi sistem imun anda.
~ Ia merupakan mineral nombor satu yang kemungkinan anda paling kekurangan. "Vegetarian, pelangsing badan & ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, sekaligus menyebabkan tenaga mereka rendah.
~ Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, namun ada masih merasa lesu.
~ Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400%.
~ Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.
10. ZINK
~ Perlu bagi memulihkan luka.
~ Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas - amat penting dalam sistem imun.
~ Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
~ Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat serta beberapa keadaan kulit seperti akne dan dermatitis.
~ Memainkan peranan dalam respon stres.
~ Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.
11. EPA / OMEGA
~ Boleh menurunkan trigliserida.
~ Boleh meningkatkan kolestrol HDL yang baik dalam darah.
~ Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
~ Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
~ Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". Ini merupakan minyak ikan dan kebanyakkannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap.
~ Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini.
~ Carikan yang tanpa kolestrol.
~ Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.
Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yang anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. Perlu ambil semua yang di atas????????
SEJUJURNYA...paling minimum..untuk memulakan program makanan tambahan, yang anda perlukan ialah PROTIN & MULTIVITAMIN!
Tetapi, lebih efisien jika ia meliputi Vit C & Alfalfa...yang lain-lain diambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.
Supplemen pilihan kami sekeluarga..Produk Shaklee..sbb saya yakin, Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa mesra alam.
~Shaklee memberikan kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua~
Jika ANDA berminat, boleh hubungi saya untuk mendapat konsultasi PERCUMA berkaitan produk yaaa...
Call/Whatsapp: 016-8977158 | 011-15871218
Like page: http://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe
E-mail: mommyliyana@gmail.com
Pembelian mana-mana vitamin Shaklee di http://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe akan mendapat hadian ISTIMEWA..just a free gift for my lovely cust..:)
Salam sayang,
*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment