Tuesday, 22 November 2011

Daftar Sebagai Pengedar Shaklee

Salam semua.. Hari ni suka untuk saya memaparkan cara untuk menjadi ahli Shaklee dan menjadi sebahagian dari keluarga Mommy Liyana.. Kepada pelanggan saya yang berminat menjadi ahli, anda akan dapat menikmati harga istimewa dan mendapat diskaun. Caranya? Sila lihat d bawah ya..

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee ?
  • Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 886401 sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
  • Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch). Manakala untuk di Sabah/Sarawak yuran keahlian adalah sebanyak RM85 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee.
  • Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase
Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
  • Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.
Apa kelebihan menjadi ahli?
  • Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
  • Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
  • Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh ibu melalui blog tertutup khas untuk ini.
  • Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).


Berminat?? Sila hubungi saya di mommyliyana@gmail.com / 016-8977158. Anda juga boleh terus mendaftar keahlian dengan mengisi BORANG DAFTAR AHLI.

Thursday, 17 November 2011

Pelancaran Set Breastfeeding Baru!!!

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..Kenapa Eu - Four Pack?
  • Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
  • Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
  • Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
  • Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Alhamdulillah, dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.
Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?
  • Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.
Bagaimanakah jika saya serasi denga Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?
  • Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.



Hubungi saya untuk makluman lanjut di mommyliyana@gmail.com atau 016-8977158 untuk konsultasi percuma!

Saturday, 5 November 2011

Kebaikkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.


Penyusuan bayi juga baik untuk ibu
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”


Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.