Friday, 15 February 2013

Get Clean® Water Pitcher

Get Clean® Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

 
Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Thursday, 14 February 2013

Tanda-tanda Keguguran di Awal Kehamilan



Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Sebab di awal kehamilan inilah kebanyakkan kes keguguran berlaku.

Monday, 11 February 2013

Kepentingan Omega 3 (DHA & EPA) untuk Ibu Mengandung!




Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini adalah kepentingan asid lemak dha_epa_ibu mengandung_> omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil. 

Apakah kepentingan Dha_Epa_ibu mengandung> Omega 3 & Apakah fungsinya?

  • Penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin yakni membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindakbalas elergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Ketidakseimbangan prostaglandin ini akan menyebabkan penyakit.
  • Peranan Omega 3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif pengawalan keradangan.

Sunday, 10 February 2013

Omega 3~ Baik untuk Jantung Anda!








Sejarah Omega 3


Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.

Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.
Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.

Omega-3 Baik Untuk Pekembangan Otak Bayi Anda!





DHA dan EPA adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan manusia.

Kepentingan Omega-3: Sangat diperlukan untuk perkembangan otak, sistem saraf dan mata. Omega-3 banyak terkandung pada mata dan retina kita. EPA menyokong jantung,sistem imundan tindak balas keradangan


MENGAPA PERLU DIMAKAN TERUTAMANYA OLEH IBU2 MENGANDUNG DAN MENYUSU:
  • Omega 3 tidak boleh dibuat oleh tubuh badan.
  • Perkembangan otak dan retina berlaku khasnya semasa trimester kedua dan ketiga, dan sehingga 18 bulan hidup bayi.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan yang lebih tinggi omega-3 bolehmengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

Saturday, 9 February 2013

Kurus dengan Kebaikkan Omega-3!


Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan?
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepadapenghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.

Ooohh..apa plak leptin tu? Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.

Manfaat Utama Omega Guard yang Perlu Anda Tahu!



Kita biasa mendengar banyak manfaat kesihatan yang diperolehi dengan pengambilan omega-3 terutamanya bagi mengurangkan risiko serangan sakit jantung, sama ada ia diambil dari makanan segar atau dari suplemen.

Tahukah anda apa kelebihan dan manfaat omega-3 yang sebenar?

Di sini saya terangkan secara ringkas tentang omega-3, kelebihan dan aspek kesihatan lain yang berkaitan. Di antara kelebihan pengambilan omega-3 dalam makanan, selain menghindari risiko serangan sakit jantung, ia juga menghindari risiko strok, nyanyuk, penyakit Alzheimer, kanser (terutamanya kanser payu dara dan prostat), mengurangkan keradangan dalam salur darah, sendi (kurangkan arthritis), lemak tak baik dalam salur darah serta tekanan darah. Bagi kanak-kanak pula, omega-3 terutamanya DHA sangat baik untuk perkembangan dan fungsi otak.

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepa
da anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

Friday, 8 February 2013

Vitamin Dan Mineral yang Wajib Anda Tahu untuk Kesuburan



  1. Vitamin C
~ Kekurangan Vitamin C pada lelaki menyebabkan masalah sel sperma bergumpal dan menghalang pergerakan sperma menuju ke sel ovum. Bagi perokok pula, toksin dari rokok   akan menyebabkan pertumbuhan sel sperma tidak normal dan Vitamin C terbukti dapat meneutralkan kesan toksin rokok ke atas sel sperma. Jadi, untuk lelaki elakkan merokok atau tingkatkan pengambilan Vitamin C anda. Tetapi bagi wanita pula, berlebihan Vitamin C akan mengeringkan cecair servik dan menghalang sel sperma menuju ke sel ovum. Jadi untuk wanita, jangan ambil vitamin C melebihi keperluan harian anda.

Sunday, 3 February 2013

Nutriferon Tingkatkan Sistem Imun Anda Sekeluarga..

Salam semua, hari ini berminat pula nak tulis pasal Nutriferon. Sebelum ini memang tidak pernah cuba, al-maklumlah Vitamin C belum ada stok. Di sebabkan baby demam panas, terlintas nak cuba Nutriferon ni. Saya minum 1 sachet sebelum tidur dan sepanjang malam memang baby asyik melekat je sebab dia rasa tak selesa. Alhamdulillah, keesokkan bangun pagi terus cergas, ceria dan aktif sangat. Mak di rumah pun tegur, cepat betul tebah panas di badan baby. Semalam asyik menangis, hari ni dah aktif bermain, gelak tawa. Lagi amazing, selsema baby pun kering terus, dah tak selsema dan boleh bernafas dengan selesa.

Apa itu Nutriferon?

  • Nutriferon adalah produk ekslusif dari Shaklee ( tiada di mana2 farmasi mahupun kedai lain) dihasilkan oleh Dr. Yasuhiko Kajima setelah lebih 40 tahun penyelidikan.
  • Merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honey Suckle.
  • Terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi badan.
  • Meningkatkan pengeluaran interfon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imunisasi badan.