Saturday, 9 February 2013

Kurus dengan Kebaikkan Omega-3!


Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan?
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepadapenghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.

Ooohh..apa plak leptin tu? Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.


Ok..berikut info ringkas tentang hormon leptin :
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan. 
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. 
  • Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. 
  • Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.

Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.
Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung, proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.

Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa yang sama perasaan untuk makan membuak-buak. Tu sebab kadang-kadang bila nafsu menguasai..diet hilang ntah ke mana..melantak sepuas hati..ala-ala balas dendam gitu..

Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, perlu disedari..hanya dengan pengambilan asid lemak omega-3, berat badan tidak akan turun seperti magik..pengambilan makanan tetap perlu dikawal dan senaman tetap perlu diamalkan.
Kita ni selalu nak magik je..'Tinggg' terus nak jadi apa yang kita nak. Semua dalam hidup ini perlu pada usaha ! Kalau setiap kali makan melantak seperti tak makan sebulan..macamana nak kurus ??? ;p (peace !!)

Tips mudah untuk memastikan tahap leptin kekal tinggi dan menyimpan ketagihan di bawah kawalan adalah TIDUR LENA!! Semasa tidur, tahap leptin secara semulajadi meningkat !

Untuk lebih memahami tentang konsep hormon leptin dan diet, jemput baca di http://nutritionwonderland.com/2009/06/understanding-our-bodies-leptin-the-fullness-hormone/

Kepada anda yang ingin mencuba Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya melalui :-

♥ Add/PM FB: http://www.facebook.com/wieyma.hamizan
♥ Call/SMS: 016-8977158
♥ Emel: mommyliyana@gmail.com
♥ Blog: http://mommyliyana.blogspot.com/
♥ Fanpage: https://www.facebook.com/MommyLiyanaShoppe



Salam sayang, 

MommyLiyanaShoppe


P/s :Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment